BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 29, 2009

bingung atau b.e.n.g.o.n.g???

carry mark makro hancurs....

dah seminggu result kuar tapi aku still menyesal...
tu laa...suru blaja taknak...ape dah jadi??ape dah jadi...smpai sekarang tak kahwin lagi..opss..off topic!~heee....


soalan senang...ye la kalau belaja senang..tapi org dok blaja aku siapkan keje eko maths yang bertimbun...
ntah ape yg aku mgarut dlm paper tu...yg aku yakin leh score pun soalan kunci kira2...ye la..soalan tu campak kat budak form 6 pun confirm bleh jawab...
ish....menyesal!!!!!!!!!!


kalau abah tau...confirm aku kne
jadi..adelah lebih baik kalau pkara ni kite diamkan
n i'll do my best in final...
hehe...


attention!!!

kerja kosong ntuk y interested...
manjadi pakar motivasi kpd budak pemalas..(--->aku<---) salary - rm ?..hmmm...tak payahla.. makan minum ditanggung... hehe... so...ade sesape yg berminat??


asyik nak gelak je bile ingat citer mek an...
jiran bilik depan berkemban gune towel..
tapi nampak bon**t...haha
tu la..sape suh jeling2 kitorang lagi...
hahahaha..dan muke..
buuuu

astaghfirullah...
puase puase!!!!!

Tuesday, August 25, 2009

s.a.h.a.b.a.t.

tidak mempunyai ramai sahabat membuatkan aku sangat-sangat menghargai persahabatan dengan sahabat yang sedia ada...bukan sombong tapi segan untuk membuka bicara dan susah untuk mempercayai orang(based on my experience)...

aku tak pernah meminta untuk di sayang dan dimanja oleh seorang sahabat...
cukuplah dengan bersikap jujur dan menghormati sesama kita...
tapi kenapa sampai di fitnah dan ditipu sepanjang persahabatan...
setahun lebih bukanlah angka yang kecil...

sering aku di ingatkan
'manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan'..
tapi kenapa begitu sukar untuk mengungkap kata maaf...?
aku bukanlah seorang yang bakhil memberi kemaafan..lebih2 lagi di bulan mulia ini...
sedari diri tidak mempunyai kuasa agung 'sedang tuhan pun maha mengampuni'

bibir mengungkap kata syukur kerana dikurniakan hati yang tabah...
walau marah tapi mudah sejuk...
bukan lemah tapi berwaspada
dek kerana manusia senang dihasuti syaitan dalam keadaan marah...


aku bukanlah jenis orang yang senang melahirkan rasa amarahnya..
lebih gemar berdiam tapi tidak ketawa...
menangis tapi tidak dimata...

kecewa yang berputik dalam hati dipetik dan kubiarkan terbang di tiup angin..
walau kadangkala benih-benih kecewa itu tersasar dan tumbuh kembali didalam hati...


aku tidak suka berpura-pura...
kerana itu kadangkala kelakuanku memperlihatkan isi hati yang sebenar...
kadang-kadang rasa bersalah menampar-nampar dinding hati...
tapi...
salahkah aku?
aku difitnah dan ditipu....
salahkah aku?

Alhamdulillah...
di saat-saat ini masih banyak sahabat yang mendampingi diri...
menyejukkan hati yang panas
menceriakan hari-hari yang suram...


namun
kadangkala aku tewas dengan pertempuran ini...
lalu terpancar manik-manik jernih tatkala hati sedang bersedih....


SYUKUR...
masih ada yang mendengar bisikan hati...
tuhan pencipta sekalian alam....
hanya pada-MU lah aku berserah....


2.40am - kolej bank muamalat

mari mengenal Rasulullah...

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Monday, August 24, 2009

bulan puasa....

puasa yang bermula dengan indah...cuaca mendung dan hujan yang membawa rahmat memudahkan di hari-hari awal Ramadhan...alhamdulillah...
tapi cuaca yang mendung pun dugaan juga...senang betul mata ni nak terlelap dek kerana ditiup angin2 sepoi dari padang bola blakang..hehehe

menyelinap ke dalam kotak fikiran terimbas aktiviti dirumah tatkala bulan Ramadhan..jam 12am duduk di tepi tingkap sambil memandang langit yang ditaburi dengan jutaan bintang..hati tenang melihat keajaiban ciptaan tuhan...rindunya dengan rumah dan isi-isi rumah(hehe..isi rumah) kat sabah..isk2..nak balik....


jam 5.55pm . kolej bank muamalat

Monday, August 10, 2009

sabar itu indah....?


duduk menunggu di bangunan fe ..bosan..panas..sambil ditemani hp yang sentiasa berteriak ' konnichiwa2..'..sms-sms dr noy,,kak farina,,dan qilut di baca berulang-ulang kali...menandakan betapa bosannya aku disaat itu...
kepala berserabut memikirkan masalah yang kadang2 menyesakkan dada...
tertanya-tanya apa salah ku sampai difitnah sedemikian rupa...
tidaklah aku sejalang yg dikatakan hingga boleh dihurung oleh insan berjantina lelaki kemana2...na'uzubillahhh...syukur akal yang dianugerahkan masih waras untuk ku kawal kaki dan tangan ini dari singgah ke muka si penyebar fitnah...dan syukur kerana aku di anugerahkan dengan hati yang masih mampu bersabar walau di uji dengan fitnah yang ku anggap sangat besar...mendengar fitnah yang disampaikan hampir mengalir titis2 air mata..ya Allah,berat sungguh ujian yang kau berikan..tenangkan hati hambamu ini ya Allah..
berperang dengan emosi sendiri...sekejap ku bisikkan kata sabar tapi kemudian diselitkan dengan hasutan2 syaitan yang meniupkan api-api kemarahan...
ya Allah,lindungilah hambamu ini dari segala hasutan syaitan yang tidak pernah putus-putus untuk menyesatkan kaum adam...




sabar itu indah....indah kah????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...